Gementar sangat ke? - Utusan Malaysia

Gementar sangat ke?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip kadang-kadang layan juga beberapa program hiburan tempatan. Nanti kalau tak tengok, dikata tak ambil tahu. Yalah, bukan apa, yang merepek lebih banyak daripada bermanfaat, buat apa tengok kan?

Cuma hari itu, terdetiklah juga nak tengok satu program hiburan yang hangat diperkatakan sekarang. Tetapi ada sesuatu yang buat Poklip macam turn off sikit. Ada yang tak kena.

Kita tolak tepi bab peserta yang tidak dialu-alukan itu. Kalau cakap soal itu, tak cukup satu muka surat nak tulis. Cuma Poklip hendak tegur bab pengacara behind the scene nya.

Bukan apa, bila tengok, Poklip tak pasti sama ada pengacara itu terlalu gementar atau dia tidak cukup persediaan untuk bergelar pengacara. Nampak sangat awkward dan kelam kabut.

Poklip faham kalau dia gementar, tapi dik dah nak masuk minggu ke berapa, cuba sorok sikit. Dari raut wajahnya juga sudah terlihat gugup dan kadang-kadang apa yang dia cakap juga melalut.

Mungkin awak perlu lebih persediaan dan tenang apabila mahu mengacara. Yalah, Poklip tak mahu terus menghukum.

Ini mungkin program besar pertama awak. Gugup itu mesti.

Cuma lepas ini, belajarlah mengawal situasi dan kalau dah tersasul itu, jangan mudah melatah. Ini bila dah salah, terus mengelabah sampai pegang kad skrip pun nampak takut.

Tak apa, awak muda lagi. Jauh lagi perjalanan. Poklip tegur bukan sebab tak suka, cuma untuk kebaikan di masa akan datang. Kita jangan terlalu selesa sebab ingat orang tak tegur.

Kadang-kadang ada sahaja yang diva tak bertempat, perasan bagus tetapi hakikatnya ke laut!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya