KUNJUNGAN krew Mingguan Malaysia ke restoran Homst Recipe, cawangan Cyberjaya baru-baru ini ternyata berbaloi. Disambut Pengurus Cawangan, Sazwinalaila Mohd. Zainal, 27, yang sangat mesra dan peramah, pihak restoran menyajikan tidak kurang 10 menu popular yang semuanya enak-enak belaka. HAMPIR 400 MENU Homst Recipe nama yang tidak asing bagi penggemar makanan berkonsepkan Cina Muslim. Menurut Sazwinalaila, cawangan pertama dibuka di Taman Tun Dr. Ismail kira-kira 20 tahun lalu. “Susulan sambutan amat menggalakkan, akhirnya kini kami memiliki lapan cawangan seluruh Lembah Klang. Cawangan di Cyberjaya ini, dibuka pada 2014 sebagai memenuhi permintaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya