Warga emas maut dilanggar kereta ketika menunggang basikal

Warga emas maut dilanggar kereta ketika menunggang basikal

ABU Osman (gambar kecil) maut selepas basikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang warga emas maut selepas basikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil di sini kira-kira pukul 1.45 petang, semalam.

Mangsa, Abu Osman, 81, dari Kampung Bukit Bayan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai sedang melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Persona yang dipandu pesara guru berusia 77 tahun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dikatakan datang dari lorong sebelah kiri jalan untuk melintas ke arah kanan menuju ke sebuah kedai makan.

“Kereta yang terlibat dipercayai tidak sempat membrek disebabkan jarak yang terlalu dekat sebelum melanggar mangsa yang melintas jalan secara tiba-tiba.

“Impak pelanggaran itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya