Banjir: Lelaki Sri Lanka maut direnjat elektrik

Banjir: Lelaki Sri Lanka maut direnjat elektrik

Maut banjir
KEADAAN mangsa yang maut dalam kejadian itu di Taman Alam Indah, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Sri Lanka menjadi korban pertama banjir di daerah ini apabila maut terkena renjatan elektrik di sebuah stor barang binaan di Taman Alam Indah, Seksyen 25 di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 27 tahun itu ditemukan orang awam yang segera menghubungi polis pukul 10.51 pagi.

Turut dijumpai, seekor anjing yang mati terkena renjatan elektrik di sisi mayat lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata,
siasatan awal mendapati premis itu merupakan stor yang turut dijadikan tempat tinggal mangsa.

“Pemeriksaan lanjut menemukan mayat lelaki Sri Lanka dalam keadaan tertiarap di kawasan berkenaan.

“Mangsa memakai baju ‘T’ berwarna merah berlengan pendek dan memakai berseluar pendek coklat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan kecederaan lain pada tubuh mangsa yang boleh menyebabkan kematian.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fildza Che Ibrahim di talian 016-9537372 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya