Baik pulih rumah ambil masa setahun, kos cecah RM200,000

Baik pulih rumah ambil masa setahun, kos cecah RM200,000

DUA mangsa kebakaran yang pulang ke rumah untuk mengambil barangan kelengkapan ketika tinjauan di Kampung Sungai Baru, Subang Jaya, Selangor. -UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses membaik pulih rumah sewa yang musnah dalam tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini pada 1 April lalu dijangka mengambil masa setahun dengan anggaran kos pembinaan semula mencecah RM200,000.

Menurut mangsa, Salawati Zakaria, 42, perkara itu dimaklumkan oleh pemilik rumah sewa­nya yang terpaksa menanggung kerugian besar susulan kejadian tersebut.

“Sekarang ini kami masih dalam proses membersihkan kawasan yang terjejas, namun kerja-kerja pembinaan dan baik pulih belum dimulakan.

“Setakat ini, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) hanya membantu membersihkan kawasan luar rumah. Tuan rumah pula difahamkan mengalami kerugian kira-kira RM190,000,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Salawati, kediaman baharu yang kini disewa mereka terletak kira-kira satu kilome­ter dari lokasi kejadian, namun menimbulkan kebimbangan ke­rana sering dilanda banjir berikutan sistem perparitan yang tidak sempurna.

“Semalam pun hujan lebat, kami jadi risau sebab rumah sekarang memang mudah dinaiki air.

“Malah, semasa banjir baru-baru ini, kami pun belum sempat keluar dari pusat pemindahan sementara (PPS),” ujarnya.

Menurut Salwati, dia bersama lebih 60 penduduk yang terjejas menerima bantuan susulan tragedi itu, termasuk mangsa yang mengalami kerosakan rumah secara penuh dan separa, petang semalam.

“Kami dibanci dari rumah ke rumah oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum bantuan disalurkan,” katanya.

Katanya, suaminya akan kembali bekerja sebagai pemandu bermula hari ini selepas beberapa minggu menguruskan pelbagai urusan berkaitan rumah mereka yang terjejas.

“Baju sekolah dan buku anak-anak semuanya terbakar. Ia menjejaskan pembelajaran mereka sehingga kami terpaksa tangguhkan seminggu untuk mereka kembali ke sekolah selepas musim persekolahan bermula.

“Alhamdulillah, selepas itu kami dapat bantuan pakaian serta kelengkapan sekolah daripada NGO dan pihak sekolah sendiri. Barulah anak-anak dapat kembali ke sekolah seperti biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya