Tempat sembahyang dipercayai punca kebakaran seorang maut

Tempat sembahyang dipercayai punca kebakaran seorang maut

KEBAKARAN sebuah rumah yang meragut nyawa seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Banda Hilir 3, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah tempat sembahyang yang diletakkan di ruang tamu sebuah rumah teres dipercayai menjadi punca kebakaran yang meragut nyawa seorang lelaki dalam kejadian di Lorong Banda Hilir 3, Banda Hilir di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian sekitar pukul 3 pagi itu, mangsa, Tan Kim Hock, 59, maut selepas badannya melecur hampir 60 peratus manakala lima lagi penghuni mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada tempat sembahyang yang terletak di ruang tamu, yang juga merupakan laluan utama keluar masuk rumah. Api merebak dengan pantas, menyebabkan semua penghuni yang berada di tingkat atas terperangkap.

“Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu dan BBP Melaka Tengah bergegas ke lokasi,” katanya.

Tambah Christopher, selain mangsa yang maut, lima penghuni lain mengalami kecederaan termasuk melecur dan masalah pernafasan akibat terhidu asap tebal.

Mereka dikenali sebagai Tam Heng, 65; Soh Hai Ponh, 50; Tan Ah Chee, 76; Koh Tong Hui, 61, dan Chen Xia Oyong, 38, yang merupakan warga China.

Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menurut Christopher, menurut jiran mangsa, dia terdengar bunyi letupan kecil dari rumah itu dan bertindak menghubungi bomba dan polis selepas melihat api marak dari ruang tamu.

“Pihak forensik bomba bersama pasukan penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN