Suami isteri maut nahas

Suami isteri maut nahas

KEADAAN kereta yang dinaiki suami isteri yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Yong Peng, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sepasang suami isteri yang baharu tiga bulan mendirikan rumah tangga maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng di sini, kelmarin.

Dalam nahas pukul 6.30 pagi itu, Mohd. Shahrul Nizam Mohd. Ali, 24, dan isteri, Nursuhada Kartika Razak, 23, dari Taman Kota Jaya, Kota Tinggi maut di tempat kejadian.

Mereka dikatakan dalam perjalanan ke ibu negara untuk membeli-belah sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, sejurus kereta dinaiki pasangan itu melanggar pembahagi jalan, sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang merempuh kenderaan mangsa.

“Kereta dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang lebuh raya lalu berpusing.

“Sebuah SUV yang berada di belakang gagal mengelak lalu melanggar kenderaan mereka,” katanya.

MOHD. SHAHRUL NIZAM MOHD. ALI dan NURSUHADA KARTIKA RAZAK

Shahrulanuar berkata, pemandu SUV berusia 50-an mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, jenazah suami isteri itu dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan sudah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Jenazah Mohamad Shahrul Nizam dikebumikan di Sri Lalang, Kluang manakala Nursuhada Kartika dibawa ke Mersing untuk disemadikan di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya