Remaja hilang di Shah Alam, jumpa di Terengganu

Remaja hilang di Shah Alam, jumpa di Terengganu

Remaja hilang
REMAJA perempuan itu yang tular hilang ditemukan selamat di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lalu ditemukan selamat di Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati remaja berusia 16 tahun itu memaklumkan ahli keluarga mahu pergi rumah rakannya pukul 8 pagi sebelum mematikan telefon bimbit.

Katanya, mangsa menaiki bas di Seksyen 20 di sini, menuju ke Bukit Jalil sebelum tidur di sebuah surau selama dua malam.

“Remaja itu kemudian mengambil keputusan pergi rumah rakannya di Kuala Terengganu dengan menaiki bas.

“Sejurus tiba, rakannya terus menghubungi keluarga mangsa dan pergi ke Balai Polis Kuala Terengganu bagi membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, pelajar sebuah sekolah menengah itu keluar dari rumah kerana merajuk selepas dimarahi ibu bapanya.

“Ahli keluarga mangsa tiba mengambil mangsa di Kuala Terengganu pukul 5.11 petang semalam. Remaja itu didapati dalam keadaan selamat untuk pulang ke Shah Alam,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan polis menerima laporan kehilangan itu daripada bapa mangsa, pukul 9.27 pagi kelmarin

Punca mangsa meninggalkan rumah disebabkan teguran bapanya kerana terlalu leka bermain telefon dan turut disekat akses internet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya