Laporan nahas dua beradik maut langgar lubang perlu

Laporan nahas dua beradik maut langgar lubang perlu disegerakan

ALEXANDER Nanta Linggi (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada wakil syarikat ketika melakukan tinjauan di sebuah syarikat konsesi penyenggaraan jalan persekutuan di Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Laporan lengkap insiden kemalangan yang meragut nyawa dua beradik di Jalan Felda Inas–Bandar Tenggara, Kluang, Johor baru-baru ini perlu disiapkan minggu ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, laporan berkenaan tidak seharusnga mengambil masa yang lama untuk dilengkapkan, sekiranya pihak terlibat gagal menyiapkannya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, laporan penuh insiden tersebut perlu disediakan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah.

“Saya minta (disediakan) dalam masa terdekat (jadi) tak perlu sampai satu bulan pun. Kalau boleh sebelum raya tapi saya tak nak tergesa-gesa supaya laporan itu ada integriti (dan) bukan dibuat begitu (sambil lewa) sahaja.

“Saya mahu post mortem (bedah siasat) dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor bersama syarikat selia (konsesi) dan juga di peringkat mana-mana pihak lain yang sepatutnya bersama berbincang,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di sebuah syarikat konsesi penyenggaraan jalan persekutuan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, dua beradik yang dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang maut apabila motosikal dinaiki mereka terbabas selepas terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara.

Mangsa, Norhazim Kamaruzaman, 16, dan adiknya, Nur Alif Ikhwan, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya