Lapan rumah musnah ditiup kepala angin

Lapan rumah musnah ditiup kepala angin

Kepala angin
BUMBUNG salah sebuah rumah musnah akibat ditiup kepala angin yang melanda Jalan Ban Lesen Parit 4, Sekinchan, di Sabak Bernam, Selangor, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lapan buah rumah musnah akibat dilanda ribut dan tiupan angin kencang atau ‘kepala angin’ dekat Jalan Ban Lesen Parit 4, Sekinchan, di Sabak Bernam, pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, Timbalan Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.48 pagi sebelum menggerakkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan.

“Apabila tiba ditempat kejadian, pihaknya mendapati lapan buah rumah musnah akibat tiupan kepala angin.

“Kemudian, penduduk di arah keluar dari rumah masing-masing yang musnah dan berkumpul di tempat selamat. Komander operasi mengarahkan anggota membuat pemeriksaan pada rumah terlibat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera atau maut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin mengesahkan berlaku kejadian ribut di kawasan berkenaan.

Selain itu, sebuah video memaparkan kejadian puting beliung tular dalam media sosial dengan menunjukkan beberapa buah rumah dan gerai tepi jalan di kawasan berkenaan ranap dipercayai akibat dilanda puting beliung dan hujan lebat.

Video berdurasi 2.11 minit itu menerima lebih 1,000 reaksi, 500 komen dan 800 perkongsian, ia turut memaparkan serpihan binaan dan pelbagai barangan lain berterbangan akibat ditiup angin kencang daripada puting beliung tersebut.

Dalam ruangan komen pula, beberapa penduduk turut berkongsikan potongan video lain memaparkan kejadian beberapa binaan kecil ditiup angin kencang di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya