Jeti Achok terkenal di Sekinchan hangus

Jeti Achok terkenal di Sekinchan hangus

Jeti Achok
API marak memusnahkan bot diletakkan dekat Jeti Achok yang hangus terbakar dalam kejadian kebakaran dekat Lorong 11, Sekinchan, di Sabak Bernam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sebuah jeti terkenal dengan tempat pendaratan dan mendapatkan bekalan ikan di Sekinchan hangus dalam kejadian kebakaran dekat Jeti Achok, Lorong 11, di sini, hari ini.

Kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah rumah, sebuah van dan kereta Perodua Myvi.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.57 pagi sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan yang dibantu oleh BBP Tanjong Karang dan Sungai Besar.

“Api berjaya dikawal pada pukul 10.04 pagi. Kebakaran melibatkan deretan jeti ikan setinggan, berkelas C dan berkeluasan 1,600 kaki persegi dan sebuah rumah kelas B berkeluasan 300 kps yang terbakar 80 peratus, namun tidak melibatkan mangsa.

“Manakala kenderaan yang terlibat iaitu van hangus 95 peratus sementara Perodua Myvi pula lima peratus,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Selangor, Omar Abd. Rahman ketika dihubungi memberitahu terdapat tong gas di dalam stor di jeti berkenaan meletup sebelum kebakaran tercetus dan merebak.

Menurutnya, kebakaran berkenaan turut memusnahkan bot yang diletakkan dekat jeti tersebut.

“Terdapat lapan jeti di situ yang terjejas, sementara dua atau tiga buah bot kelas B dan C yang terbakar itu pula diikat dekat jeti sama,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya