Bumbung terbang, gerai musnah, puting beliung landa Sekinchan

Bumbung terbang, gerai musnah, puting beliung landa Sekinchan

Puting beliung
TANGKAP layar potongan video tular dalam media sosial memaparkan kejadian puting beliung yang memusnahkan rumah dan gerai dekat Kampung Parit 4, Sekinchan, di Sabak Bernam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Beberapa rumah dan gerai tepi jalan dekat Parit 4, Sekinchan ranap dipercayai akibat dilanda puting beliung dan hujan lebat, pagi tadi.

Menerusi potongan video tular dalam media sosial ia didakwa berlaku sekitar pukul 7 atau 8 pagi menerbangkan bumbung rumah berkenaan serta binaan-binaan kecil yang terdapat di tepi jalan seperti pondok dan gerai.

Video berdurasi 2.11 minit yang dimuat naik menerusi Page Love Sekinchan itu menerima lebih 1,000 reaksi, 205 komen dan 673 perkongsian, ia turut memaparkan serpihan binaan dan pelbagai barangan lain berterbangan akibat ditiup angin kencang daripada puting beliung tersebut.

Dalam ruangan komen pula, beberapa penduduk turut berkongsikan potongan video lain memaparkan kejadian beberapa binaan kecil ditiup angin kencang di kawasan berkenaan.

Menurut seorang pengguna, Linda Khairi, kejadian berkenaan berlaku dekat Parti 4, Ban 1.

Selain itu, rata-rata pengguna mendoakan keselamatan penduduk di kawasan yang dilanda ribut tersebut.

“Rumah siapa yang tercabut bumbung itu, semoga orangnya selamat dan dipermudahkan urusan kemudiannya,” komen Pakwan Sham.

“Allahu Akbar, semoga dalam lindungan Allah. Semoga mangsa-mangsa terlibat diberikan hati yang tabah serta reda dan dipermudahkan semua urusannya,” luah Mariam Qaisara.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin mengesahkan berlaku kejadian ribut di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya