Bapa temui ajal ketika hendak selamatkan anak

Bapa temui ajal ketika hendak selamatkan anak

Bapa lemas
PASUKAN bomba mengangkat mayat seorang bapa yang lemas ketika sedang memancing bersama anaknya dekat Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, di Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang bapa menemui ajal selepas didapati selepas memancing bersama anak lelakinya dalam satu kejadian dekat Jalan Bukit Jati, Kampung Bukit Jati, di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan mahu menyelamatkan anknya yang terjatuh ke dalam sungai sebelum dia dipercayai hilang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, ketika itu kanak-kanak berusia 11 tahun itu berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital oleh orang awam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.42 malam sebelum mengerahkan sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Selatan ke lokasi.

“Pada pukul 9 malam, mangsa berjaya ditemui pada jarak tiga meter dari lokasi dan dipercayai akibat terjatuh. Operasi membawa naik mangsa dilakukan oleh anggota bertugas.

“Mangsa, Mohd. Shariff Md. Yusoff meninggal dunia manakala anaknya Muhammad Faris Mohd. Sharif selamat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum bomba menamatkan operasi mencari dan menyelamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN