Tukang rumah maut, kereta masuk parit

Tukang rumah maut, kereta masuk parit

Tukang rumah
PASUKAN bomba sedang menarik keluar kereta jenis Hyundai Accent yang terbabas dan mengakibatkan pemandunya maut dalam kemalangan dekat Batu 7, Simpang Tiram Buruk, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang tukang rumah maut apabila kereta dipandunya terbabas dan masuk ke dalam parit dalam kejadian kemalangan dekat Batu 7, Simpang Tiram Buruk, Tanjong Karang, di sini, semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu dikatakan dalam perjalan dari arah Jalan Raja Musa menghala ke Kuala Selangor sebelum hilang kawalan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, susulan kemalangan tersebut, mayat mangsa hanya ditemui lebih lapan jam selepas polis menerima laporan kira-kira pukul 7.14 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.40 pagi semasa pemandu sedang memandu di jalan tersebut. Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Hyundai Accent berwarna perak dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

“Usaha mencari mangsa dijalankan oleh bomba dan mangsa dijumpai di dalam parit tersebut kira-kira pukul 3.45 petang pada jarak sejauh 100 meter ke hadapan dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dipercayai lemas di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang melihat kejadian kemalangan dan mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi bilik gerakan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya