Suami isteri maut, motosikal dinaiki langgar kereta hilang kawalan - Utusan Malaysia

Suami isteri maut, motosikal dinaiki langgar kereta hilang kawalan

KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, berhampiran Kampung Air Bong, Jempol petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabit nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, berhampiran Kampung Air Bong, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, penunggang motosikal, Mohammad Daud Karim, 28, dan isterinya, Murni Siong, 40, beralamat di  Kampung Parit Gong, Pertang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC.

“Kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun dari arah Simpang Pertang menuju ke Kuala Pilah. Semasa pemandu melalui selekoh jalan, tiba-tiba pemandu telah hilang kawalan dan berpusing secara melintang masuk ke laluan bertentangan.

“Pada masa yang sama datang sebuah motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan telah melanggar kereta tersebut di bahagian sisi sebelah kiri,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi,  mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya