Peniaga buah-buahan rugi, kedai jualan musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Peniaga buah-buahan rugi, kedai jualan musnah dalam kebakaran

HUSSIN Abd. Aziz melihat gerai kedai buah-buahan diusahakannya yang musnah dalam kebakaran di Felda Pasir Besar, Gemas, Tampin, semalam.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang peniaga buah-buahan mengalami kerugian selepas kedai jualannya musnah dalam kejadian kebakaran di Felda Pasir Besar, Gemas di sini tengah hari semalam.

Peniaga berkenaan, Hussin Abd. Aziz, 54, berkata, turut musnah dalam kejadian itu adalah stok jualan pelbagai jenis buah-buahan termasuk yang baharu diambilnya dari Chow Kit yang bernilai RM10,000.

Katanya, kejadian berlaku begitu pantas ketika dia sedang menunggu masa untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan secara tiba-tiba fius plug jatuh sebelum asap berkepul-kepul keluar.

“Ketika kejadian terdapat tujuh individu lain di kedai termasuk isteri saya, tiga orang anak, anak saudara dan pekerja, mereka segera keluar dari kedai dan tidak sempat menyelamatkan buah-buahan jualan.

“Saya pula sempat selamatkan sebuah lori dan kereta. Dalam kejadian ini selain barangan jualan, peti ais dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran, jumlah kerugian dianggarkan lebih RM40,000,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan kebakaran kira-kira pukul 12.55 tengah hari dan sepasukan bomba termasuk dari Bahau dan Gemencheh segera ke lokasi kejadian.

Menurutnya,kebakaran yang melibatkan satu unit rumah kediaman berukuran 20×60 kaki dengan anggaran kemusnahan 40 peratus dan satu unit homestay berukuran 40×80 kaki dengan anggaran kemusnahan 90 peratus.

“Selain itu satu unit gerai buah berukuran 15×100 kaki telah musnah 100 peratus serta melibatkan tiga buah motosikal termasuk sebuah motosikal beroda tiga.  Kebakaran tersebut berjaya di kawal pada pukul 1.20 tengah hari dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya