Dua warga Bangladesh rentung dalam bilik jana kuasa

Dua warga Bangladesh rentung dalam bilik jana kuasa

KEBAKARAN di bilik jana kuasa di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Dua pekerja kilang warga Bangladesh rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan bilik jana kuasa di sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini, pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan I Roslan Manas berkata, dua lagi rakan senegara mangsa mengalami kecederaan melecur.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 pagi sebelum jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 10.20 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan bilik jana kuasa bersaiz 20 kali 50 kaki persegi di tingkat atas bangunan dua tingkat. Sebanyak 40 peratus bahagian bilik tersebut musnah dalam kebakaran,” katanya.

Tambah Roslan, usaha menyelamatkan mangsa yang terperangkap berdepan cabaran kerana api masih marak semasa operasi.

“Bagaimanapun, pasukan bomba berjaya menemui mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman turut dibantu oleh BBP Cheng dan pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM). Seramai 12 anggota bomba bersama tiga jentera terlibat dalam operasi ini. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya