Arus deras hanyutkan Muhammad Nur Fitri

Arus deras hanyutkan Muhammad Nur Fitri

AHLI keluarga berada berhampiran jenazah Muhammad Nur Fitri Abdul Rahman yang ditemukan lemas di Kampung Lanchang, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kejadian lemas yang mengorbankan satu nyawa di sungai berhampiran loji air Kampung Lanchang di sini, semalam berpunca daripada bot yang dinaiki empat mangsa itu dimasuki air sebelum tenggelam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat berkata, sebelum kejadian mangsa yang maut, Muhammad Nur Fitri Abdul Rahman, 21, sedang menjala ikan di tepi tebing sebelum melihat abang sulung, kakak ipar dan anak saudaranya menaiki bot lalu menyertai mereka.

Ujarnya, polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 10.20 pagi.

“Mangsa cuba menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai serta cuba berpaut pada rumput tetapi gagal selepas hilang dibawa arus deras manakala tiga ahli keluarganya berjaya menyelamatkan diri,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, jenazah Muhammad Nur Fitri ditemukan mati lemas oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Melaka Tengah.

Mangsa hilang selepas bot dinaiki bersama abang sulungnya berusia 40 tahun, kakak ipar berumur 35 tahun dan anak saudaranya berusia tujuh tahun terbalik sewaktu menjala ikan.

Bagaimanapun, tiga ahli keluarga mangsa berjaya diselamatkan orang awam dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi dari BBP Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Farid Abu Bakar berkata, mayat ditemukan oleh anggota PPDA kira-kira pukul 2.21 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya