Tujuh balai bomba padam kebakaran gudang racun tikus

Tujuh balai bomba padam kebakaran gudang racun tikus

Kebakaran gudang
PASUKAN bomba memadamkan kebakaran gudang racun tikus dekat Bestari Jaya, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tujuh balai bomba dikerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan 40 anggota dan pegawai serta tujuh jentera dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira pukul 4.14 pagi.

“Kesemua anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Batu Arang, Kapar, Klang Utara, Rawang dan Sungai Besar.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan gudang berkeluasan 180 x 50 kaki meter persegi tersebut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal pihaknya, kira-kira pukul 5.39 pagi.

“Premis gudang memproses racun tikus itu melibatkan 80 peratus kemusnahan. Kerja pemantauan lanjut kebakaran selesai dilakukan dan operasi tamat sepenuhnya pukul 10.30 pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya