Tiada unsur jenayah, cuai kes kilang meletup

Tiada unsur jenayah, cuai kes kilang meletup

Kilang meletup
S. Vijaya Rao ditemui pemberita selepas mengadakan sesi ‘walkabout’ dekat Pasar Pagi Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tiada unsur jenayah dan kecuaian berlaku dalam kejadian kilang terbakar dan meletup akibat bahan kimia dekat Taman Perindustrian Kapar Indah di sini, 20 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya sudah merekodkan keterangan pemilik premis, pekerja dan orang awam berkaitan kejadian itu.

“Siasatan itu selesai dan didapati tiada mana-mana unsur jenayah dan kecuaian dilakukan kilang tersebut. Kejadian itu berpunca reaksi bahan kimia dan tiada sebarang kecederaan serius atau kematian direkodkan,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis merakam keterangan pemilik kilang memproses bahan kimia yang meletup dalam kejadian itu.

Insiden letupan itu melibatkan seramai 33 mangsa cedera ringan dengan 31 daripadanya dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) manakala dua lagi di hospital swasta.

Mereka dirawat sebagai pesakit luar selepas mengalami gejala pedih mata dan sesak nafas.

Jelas Vijaya, bagaimanapun kes itu masih disiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kilang itu masih lagi ditutup dan tidak beroperasi bagi siasatan berkenaan dua jabatan tersebut. Siasatan itu melibatkan faktor kawasan dalam premis berkenaan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan menyerahkan Kertas Enkuiri Polis (KEP) berhubung siasatann polis terhadap insiden tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya