Seorang lagi pekerja kilang terbakar meninggal dunia

Seorang lagi pekerja kilang terbakar meninggal dunia

Kilang terbakar
S. Vijaya Rao bermesra dengan pengunjung dalam sesi ‘walkabout’ dekat Pasar Pagi Taman Eng Ann, Bandar Baru Klang, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mengesahkan seorang lagi pekerja warga asing yang cedera dalam kebakaran sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di sini, minggu lalu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, ia menjadikan jumlah kematian sebanyak dua daripada tiga orang yang menerima rawatan susulan kejadian tersebut.

“Seorang mangsa iaitu pekerja lelaki sebelum ini sah terkorban ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sehari selepas kejadian.

“Terbaharu, seorang lagi lelaki warga asing turut disahkan meninggal dunia di Hospital Shah Alam keesokan harinya (24 Januari lalu) akibat melecur,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan tiga lelaki warga asing parah akibat melecur dalam kebakaran melibatkan tiga buah kilang di kawasan berkenaan yang mana tujuh pekerja berada dalam premis berkenaan ketika kejadian.

Kebakaran itu melibatkan penyimpanan gas di bangunan tiga tingkat sebelum merebak ke gudang tempat simpanan jentera berat dan kilang memproses tembaga.

Seramai 42 anggota termasuk pegawai dari tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) terlibat dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal pada pukul 2 pagi.

Siasatan awal mendapati kejadian berpunca tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di pekarangan kilang itu dan nilai kerugian dianggarkan kira-kira RM5 juta.

Menurut Vijaya, siasatan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Pihak bomba masih menyiasat punca kejadian itu termasuk sama ada wujud unsur perbuatan khianat. Polis merekodkan keterangan pemilik dan pekerja kilang. Kita menunggu siasatan bomba bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Selain itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mahu pulang ke kampung supaya mengisi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi mengelak sebarang kejadian jenayah sepanjang ketiadaan mereka di rumah.

“Kita setakat ini menerima 15 permohonan itu dan akan terus meningkatkan rondaan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya