Lelaki maut dilanggar komuter disahkan warga asing

Lelaki maut dilanggar komuter disahkan warga asing

Dilanggar komuter
POLIS bersama petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyiasat insiden seorang warga asing dilanggar komuter dekat KM 34.73, antara laluan Teluk Pulai - Klang, di Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang lelaki yang maut akibat dilanggar tren komuter awal pagi semalam mengalami kecederaan parah dan putus kaki kanan selepas ditemukan di bawah gerabak dekat Kilometer (KM) 34.73, antara laluan Teluk Pulai – Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.38 pagi itu, lelaki berkenaan dikenal pasti warga asing berusia 45 tahun.

Menurutnya, pusat kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 daripada pemandu komuter berkenaan kira-kira 50 minit selepas kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, pemandu sedang memandu komuter dari Pelabuhan Klang ke arah Tanjung Malim sebelum terdengar bunyi dentuman kuat seperti terlanggar sesuatu.

“Apabila pemeriksaan dijalankan, pengadu menjumpai mayat seorang lelaki di bawah gerabak keempat dan terus menghubungi polis untuk melaporkan kejadian yang berlaku,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, siasatan di tempat kejadian pula, mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Bedah siasat dijalankan pada hari pukul 11.30 pagi hari yang sama dan mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan dilanggar kereta api dan tiada sebarang unsur jenayah. Polis kemudian mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Utusan Malaysia malam tadi melaporkan, Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter bernombor 2110 yang membawa 200 di kesemua empat gerabaknya apabila menceroboh masuk landasan kereta api di kawasan berkenaan.

Jelas Hoong Fong lagi, akibat daripada insiden tersebut, terdapat kebocoran gas pada sistem komuter yang menyebabkan ia tidak dapat meneruskan perjalanan.

“Polis juga menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya