MELAKA: Bumbung Surau Al- Amin di Taman Limbongan Permai, Limbongan di sini musnah kira-kira 50 peratus dalam kebakaran pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohammad Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 5 pagi.
Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dan tiba sembilan minit kemudian.
“Pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati benar berlaku kebakaran di Surau Al-Amin membabitkan bahagian bumbung yang terbakar kira-kira 50 peratus. Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.
“Pemeriksaan lanjut di lokasi mendapati tiada mangsa yang terlibat. Operasi ditamatkan pada pukul 6.17 pagi setelah memastikan tiada bahaya lain,” katanya. – UTUSAN