Tujuh mangsa kemalangan tayar lori tercabut masih dirawat

Tujuh mangsa kemalangan tayar lori tercabut masih dirawat

NAHAS lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai tujuh mangsa kemalangan maut mambabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini, kelmarin masih menerima rawatan di Hospital Melaka, setakat pukul 9 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, ia membabitkan empat warga Singapura dan tiga rakyat tempatan.

Kata beliau, dua mangsa termasuk anak sulung pasangan Khairul Ikhwan Mazupi, 32 dan Fadzlenna Ramli, 32, yang maut dalam nahas itu, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Muhammad Uwais Al-Qarni yang menaiki kereta Toyota Estima akan menjalani pembedahan hari ini. Prosedur sama dijangka dilakukan terhadap pemandu lori tetapi bergantung keadaan semasa mangsa.

“Sementara itu, tiada lagi mangsa kemalangan menerima rawatan di Hospital Alor Gajah,” katanya.

Tragedi yang berlalu kira-kira pukul 8.30 malam itu melibatkan lima kenderaan dan berpunca daripada tayar lori yang tercabut.

Pemandu bas yang meninggal dunia ialah Noorisnien Khamid, 56, manakala penumpang, Lamrah Asid Ali, 66 merupakan warga Singapura.

Lima mangsa daripada Toyota Estima yang maut ialah Khairul Izwan Mazupi, Fadzlenna Ramli; Ramli Ab. Wahab, 66; bayi berusia dua tahun, Muhammad Umar Khairul Ikhwan dan Fauziah Jaafar, 69.

Mangsa-mangsa yang cedera ialah pemandu Perodua Bezza, Loh Hui Teng, 29; pemandu lori Nissan, Mohamad Syafiq Mohd. Zuki, 27, (Zon Kuning Hospital Melaka); kelindan lori Nissan, Ku Alif Ku Ahmad, 16, (Zon Hijau Hospital Melaka); Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, (Zon Kuning Hospital Melaka) dan Muhammad Uwais Al-Qarni.

Tambah Hee Sem, dua daripada empat mangsa yang dirawat di sebuah hospital swasta telah dibenarkan pulang semalam sementara dua mangsa lagi hari ini.

“Jenazah warga Singapura yang maut dijangka akan dituntut hari ini oleh anaknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya