Polis buka kertas siasatan bayi dibekukan

Polis buka kertas siasatan bayi dibekukan

Palapes UiTM
HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengklasifikasikan siasatan terhadap laporan kematian seorang bayi lelaki yang disimpan di dalam peti sejuk simpanan mayat dekat sebuah hospital bersalin swasta di Klang baru-baru ini di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bapa bayi berkenaan membuat laporan polis hari ini dan pihaknya akan memanggil kakitangan hospital berkenaan untuk dirakam keterangan bagi menyiasat sebarang unsur jenayah.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menangani perkara ini dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah, beliau menyeru semua pihak supaya bersabar dan tidak menimbulkan sebarang dakwaan yang boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat.

“Masyarakat hendaklah tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk tidak menyebarkan maklumat yang mampu menimbulkan kegusaran awam. Semua pihak diharap bersabar bagi menunggu hasil siasatan yang sebenar,” tegasnya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang tidak dapat menguruskan pengebumian jenazah bayi lelakinya akibat tidak dibenarkan oleh pihak hospital terbabit.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tiada menerima sebarang aduan mengenai isu mayat seorang bayi lelaki yang didakwa dibekukan lebih dua minggu oleh sebuah hospital swasta di negeri ini.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menerusi agensi terlibat terutama Lembaga Zakat Selangor (LZS) sehingga kini tidak menerima aduan mengenai perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya