Penduduk lega banjir Meru, Kapar surut

Penduduk lega banjir Meru, Kapar surut

Meru banjir
PENDUDUK membersihkan rumahnya yang dilanda banjir dekat Jalan Kassim, Meru, di Klang, Selangor. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Banjir yang melanda sebahagian besar kawasan-kawasan utama di Meru dan Kapar di sini, pulih sepenuhnya semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, limpahan air di Persiaran Hamzah Alanng, Jalan Kassim, Jalan Limau, Jalan Kasban, Jalan Kenangan dan beberapa kawasan lain surut sejak pagi berikutan cuaca panas.

Malah, kelihatan penduduk mengambil kesempatan cuti pada hari Sabtu untuk membersihkan rumah masing-masing selepas kediaman mereka itu digenangi air selama dua hari sejak Khamis lalu.

Seorang penduduk di Jalan Restu 7, Ramlan Hassan, 68, berkata, rumahnya tidak lagi digenangi air sejak pukul 9 pagi selepas hujan berhenti sepenuhnya seawal petang kelmarin.

“Waktu banjir semalam (Jumaat) paras air mencecah hingga ke lutut. Memandangkan ada tiga cucu tinggal bersama, saya ambil keputusan untuk keluar dan tumpang dekat rumah anak di Bukit Raja.

“Mujur Jalan Kassim air naik tidak tinggi. Jadi, bolehlah saya tinggalkan kereta dan motosikal di tepi jalan” katanya ketika ditemui.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, hujan berterusan dan lebat berkala di Meru, sejak petang Khamis sehingga pagi semalam menyebabkan banjir di jalan-jalan utama termasuk Persiaran Hamzah Alang yang meng­hubungkan kawasan itu dengan Kapar.

Penduduk mendakwa, hujan renyai bermula pada waktu pagi, kemudian mulai lebat kira-kira pukul 3.30 petang dan berlarutan lebih dua jam menyebabkan air Sungai Binjai melimpah dan masuk ke ribuan rumah penduduk.

Sementara itu, seorang lagi penduduk yang tinggal berdekatan Persiaran Hamzah Alang, Abdul Khalid Rahman, 40, berkata, ini kali ketiga pada tahun ini berlakunya banjir kilat di kawasan Meru.

Bagaimanapun, di sebalik kejadian itu, dia menzahirkan kesyukuran kerana banjir kali ini tidak seteruk seperti yang berlaku pada dua tahun lalu.

“Rumah dimasuki air jadi saya amat harap peti ais, mesin basuh dan barangan elektrik lain tidak rosak. Memang tak sempat pindahkan kesemua barang sebab air naik dengan cepat, tambahan pula rumah saya satu tingkat, tak ada tempat tinggi boleh letak.

“Harap jangan berlakuu banjir lagi tahun ini. Letih juga hendak kemas rumah, basuh selut dan lumpur,” luahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya