Keterangan pemandu lori tayar tercabut selesai dirakam

Keterangan pemandu lori tayar tercabut selesai dirakam

TAYAR kanan sebuah lori yang tercabut hingga menyebabkan nahas lima kenderaan di Kilometer 204 PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Keterangan pemandu lori yang tayar kanannya tercabut sehingga mengakibatkan nahas lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Simpang Ampat di sini, kelmarin telah selesai dirakam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ia bagi membantu siasatan kemungkinan wujud unsur kecuaian sehingga mengakibatkan tayar kenderaan berat itu tercabut sehingga mengorbankan tujuh nyawa.

Ujarnya, ujian saringan air kencing terhadap pemandu itu juga menunjukkan keputusan negatif daripada pengaruh dadah dan alkohol.

“Kes akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri selepas kertas siasatan diselesaikan.

“Polis juga meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka kenderaan tampil untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mahmood Razak Bahman berkata, berdasarkan rekod, lori yang mengakibatkan kemalangan itu baru didaftarkan pada April 2024.

Menurut beliau, lori terbabit juga dijadualkan untuk menjalani pemeriksaan berkala kali pertama di Puspakom pada April 2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya