Enam terkorban, nahas tiga kenderaan di Simpang Ampat

Enam terkorban, nahas tiga kenderaan di Simpang Ampat

NAHAS tiga kenderaan di Kilometer 204.0 PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Sekurang-kurangnya enam individu terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Kemalangan yang berlaku berhampiran Simpang Ampat di sini itu membabitkan sebuah kereta Toyota Estima, bas persiaran dan treler.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Kanan Bomba II Mohd. Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata, lima daripada lapan penumpang kereta terlibat disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang maut ialah pemandu bas.

NAHAS tiga kenderaan di Kilometer 204.0 PLUS arah utara berhampiran Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.45 malam. Penumpang Toyota Estima terdiri daripada lima dewasa dan tiga kanak-kanak.

“Dalam pada itu, terdapat 27 penumpang dan dua pemandu dalam bas itu, seorang pemandu telah meninggal dunia. Treler pula terdapat dua penumpang. Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan,” katanya.

Tragedi itu mengakibatkan kesesakan teruk dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya