Warga emas temui ajal ketika tukar tayar kereta di LKSA

Warga emas temui ajal ketika tukar tayar kereta di LKSA

Warga emas LKSA
REMUK bahagian bucu Toyota Hilux akibat dilanggar sebuah bas yang turut mengakibatkan seorang warga emas maut ketika menukar tayar keretanya yang pancit dekat KM 5.5 Lebuhraya LKSA, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hayat seorang warga emas berakhir apabila dilanggar trak pikap yang bergerak ke depan akibat dihentam sebuah bas ketika berhenti di tepi jalan dekat Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, lelaki berusia 65 tahun itu berhenti di tepi jalan apabila tayar kereta jenis Toyota Camry dipandunya pancit dan dalam masa sama cuba dibantu oleh pemandu trak pikap berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, tiba-tiba sebuah bas jenis Scania yang dipandu di lorong kiri gagal mengelak trak pikap lalu melanggarnya.

Menurutnya mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari Hospital Kuala Lumpur ke rumahnya di Taman Sri Muda, Seksyen 25, di sini.

“Bas itu terlanggar bahagian bucu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berkenaan. Akibat daripada pelanggaran tersebut, kenderaan itu bergerak ke depan dan melanggar warga emas berkenaan yang ketika itu sedang mengambil barang dari bahagian bonet keretanya.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 0197757354. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya