Teksi NGV terbakar, penumpang suami isteri dan pemandu rentung

Teksi NGV terbakar, penumpang suami isteri dan pemandu rentung

KERETA Proton Iswara yang terlibat kemalangan dan terbakar di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Hasrat sepasang suami isteri warga emas untuk menziarahi anak mereka di Merlimau di sini tidak kesampaian apabila teksi yang dinaiki terlibat kemalangan, lantas mengakibatkan mereka maut rentung terbakar bersama kenderaan itu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu di Kampung Lanchang, Jalan Jasin-Merlimau, mangsa, Husali Umar, 84, dan Mastura Said, 60, disahkan terbakar seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, turut maut ialah pemandu teksi berusia 71 tahun yang juga terbakar seluruh badan.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berlaku selepas kereta Proton Iswara dari Jasin menghala ke Merlimau itu hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok jambatan.

“Akibat pelanggaran tersebut, ia telah mengalami kebakaran dan menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian. Kebakaran kenderaan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas asli mampat (NGV) yang dipasang pada kenderaan,” katanya.

Tambah Ahmad Jamil, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

Jelasnya, setakat ini kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya