Pemuda maut langgar belakang lori muatan tar jalan

Pemuda maut langgar belakang lori muatan tar jalan

Langgar lori
MOTOSIKAL yang ditunggangi mangsa terpelosok di bawah lori selepas melanggar bahagian belakangnya dalam kejadian kemalangan dekat KM 7.9 Lebuhraya NKVE di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pemuda maut selepas melanggar belakang sebuah lori dengan muatan tar jalan ketika menunggang motosikal dari arah Klang ke Kuala Lumpur dekat Kilometer (KM) 7.9 Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lori berkenaan berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit.

“Kemudian, datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki berumur 29 tahun dari arah sama melanggar bahagian kanan belakang lori berkenaan.

“Kemalangan ini mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Tambahnya mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut sementara kejadian di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana saksı bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan atau berkongsi gambar kemalangan melalui media sosial atau mana-mana aplikasi komunikasi.

“Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah undang-undang khususnya seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya