Mayat lelaki di tepi longkang

Mayat lelaki di tepi longkang

Mayat
POLIS membuat pemeriksaan terhadap mayat seorang lelaki yang ditemui dekat tepi longkang Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam, di Kuala Selangor, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemukan di kawasan tepi longkang Taman Industri Alam Jaya, Puncak Alam di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan polis, kira-kira pukul 8.25 malam.

Menurutnya, pemeriksaan menemukan mayat lelaki berusia 38 tahun di atas rumput tepi longkang tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal pada si mati. Selain itu, tiada apa-apa kesan yang boleh dikaitkan dengan perlakuan jenayah,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah Azaharudin, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat dan mengenalpasti punca kematian.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, seorang pemuda menemui ajal selepas digilis sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan tiga kenderaan di Kilometer 36 Jalan Klang – Teluk Intan di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menimpa lelaki berusia 21 tahun yang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16 pada awalnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta.

Jelas Azharudin, penunggang itu kemudian terjatuh memasuki lauan kiri arah sama dilanggar sebuah MPV yang gagal mengelak.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa digilis dan berada di bawah kenderaan tersebut. Kereta itu belum dapat dikenal pasti dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat,” katanya.

Tambah Azaharudin, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai salah satu kejadian di atas supaya tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai polis berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya