Kes kematian akibat lemas tidak menurun

Kes kematian akibat lemas tidak menurun

NOR HISHAM Mohammad hadir pada Majlis Perasmian Forum Keselamatan Kebakaran Dalam Pengurusan Industri 2024 di Bukit Katil, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendedahkan bahawa kes kematian akibat lemas tidak menunjukkan penurunan saban tahun terutama pada musim tengkujuh.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, secara purata statistik kematian kerana lemas di air adalah sebanyak 320 kes setahun dan trend itu dilihat amat membimbangkan.

Ujarnya, setakat ini untuk tahun ini sebanyak 265 kes lemas direkodkan, justeru JBPM meminta kerjasama semua pihak terutama pengusaha pelancongan agar mengambil langkah-langkah sepatutnya seperti pemakluman risiko berhubung aktiviti air pada musim tengkujuh.

“Contohnya kalau musim tengkujuh air pernah naik paras sampai mana di kawasan itu. Jadi dia (pengusaha) beri peringatan, elakkan kalau hujan jangan main sampai ke kawasan ini.

“Rekod kematian itu tidak menunjukkan perubahan ketara atau konsisten saban tahun. Untuk tahun ini sejak Januari lalu, sebanyak 265 kes kematian direkodkan dan ini merisaukan kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Forum Keselamatan Kebakaran Dalam Pengurusan Industri 2024 di Bukit Katil di sini, hari ini.

Tambah Nor Hisham, pelbagai pendekatan untuk mengurangkan kes kematian akibat lemas telah dilakukan, namun gagal kerana tidak diambil serius oleh orang ramai.

“Kita mohon kepada pengusaha industri khususnya di sungai dan juga jeram memainkan peranan memberi nasihat berhubung keselamatan di air kepada pelanggan mereka.

“Contohnya bila musim tengkujuh apakah risiko yang boleh membahayakan mereka dan masyarakat pula rancanglah percutian berpandukan laporan cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya