Suriatuddin ditemukan selamat di Terengganu

Suriatuddin ditemukan selamat di Terengganu

SURIATUDDIN MALIKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Warga emas, Suriatuddin Maliki, 68, yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Melaka Sentral di sini semalam, disahkan telah ditemukan selamat di Chukai, Terengganu.

Anaknya yang ingin dikenali sebagai Farah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis dan keluarganya sedang dalam perjalanan untuk menjemput bapanya.

Katanya, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkenaan kehilangan Suriatuddin, sehingga berjaya ditemukan di sebuah bank di Chukai.

“Kami berjaya mengesan ayah melalui maklumat orang ramai dan pemeriksaan mendapati ayah ada membeli tiket bas ke Kemaman, Terengganu pada pukul 8 malam tadi. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari ayah, Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua,” katanya.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, sebuah keluarga di Bukit Katil merayu bantuan orang ramai untuk menjejaki Suriatuddin Maliki yang dipercayai hilang selepas kali terakhir dilihat menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Melaka Sentral.

Suriatuddin yang merupakan seorang pesara kerajaan dilihat keluar dari rumah kira-kira pukul 5.50 pagi, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran.

Orang ramai di kawasan terlibat memaklumkan Suriatuddin ada meminta bantuan peniaga sekitar untuk menempah perkhidmatan e-hailing ke Melaka Sentral.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan menerima laporan kehilangan Suriatuddin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN