Pemandu e-hailing kena serangan jantung ketika memandu

Pemandu e-hailing kena serangan jantung ketika memandu

AZMIRA Othman (gambar kecil) maut selepas kereta dipandunya terbabas di Lebuh AMJ berhampiran Balai Panjang, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pemandu e-hailing maut selepas kereta dipandunya terbabas, dipercayai akibat mengalami serangan jantung di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Balai Panjang di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu, mangsa, Azmira Othman, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta Perodua Alza sedang dalam perjalanan dari lampu isyarat Lorong Pandan menghala ke Malim.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke batu pembahagi jalan di lorong sebelah kanan. Mangsa dipercayai terkena serangan jantung sebelum terbabit kemalangan. 

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan Pol. 61 telah dikeluarkan bagi proses bedah siasat,” katanya.

Tambah Christopher, kenderaan terlibat akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya