MBMB panggil pemilik esok, pembinaan dilakukan secara haram

MBMB panggil pemilik esok, pembinaan dilakukan secara haram

KAWASAN runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Projek pembinaan bangunan yang runtuh di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir di sini, kelmarin disahkan dibina secara haram tanpa kebenaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Kejadian pukul 6 petang itu menyebabkan seorang buruh warga Bangladesh berusia 22 tahun maut di lokasi manakala dua lagi pekerja warga Pakistan selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, hasil semakan mendapati syarikat swasta milik seorang individu itu tidak membuat sebarang permohonan untuk pembinaan bangunan tiga tingkat berkenaan.

“MBMB telah menyita seluruh kawasan yang sedang dalam pembinaan dan mereka tidak boleh meneruskan kerja-kerja pembinaan. Di bawah Akta Jalan dan Perparitan, Seksyen 70 (1) tiada seseorang boleh mendirikan bangunan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Justeru, kita kini dalam proses untuk mengenakan kompaun terhadap pemilik bangunan itu maksimum RM50,000 di bawah akta sedia ada,” katanya.

SHADAN OTHMAN

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang buruh warga asing maut manakala dua lagi rakan sekerjanya cedera dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Jalan Bukit Senjuang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Jidan manakala dua lagi yang terselamat ialah Zubair Ahmad, 32, dan Abbas Ghulam, 49.

Tambah Shadan, pihaknya turut mendapati tiada sebarang papan tanda lesen atau tender didirikan berhampiran tempat pembinaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan dengan terperinci termasuk berjumpa dengan pemilik bangunan itu untuk mengetahui jenis projek sedang dijalankan.

“Isnin ini kita akan panggil pemilik bangunan itu bagi siasatan lanjut yang harus dijalankan dengan segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya