Lima PPS dibuka di Melaka

Lima PPS dibuka di Melaka

PELBAGAI agensi digerakkan bagi membantu proses pemindahan mangsa banjir di sekitar Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Seramai 275 mangsa banjir daripada 77 buah keluarga di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Serkam dan Merlimau dilanda banjir kilat, susulan hujan lebat awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, PPS yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat dan SK Tendong.

Katanya, maklumat terkini jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS SK Merlimau dan SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub belum diperoleh kerana dalam proses pendaftaran.

“Hujan lebat pada pukul 1.30 pagi tadi menjejaskan dua kawasan iaitu Kampung Kilang Berapi dan Sungai Lubuk Buaya. Sebanyak empat PPS dibuka pada pukul 8 pagi kecuali PPS SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub yang dibuka pukul 9.15 pagi. 

“Setakat pukul 12 tengah hari, seramai 275 mangsa banjir daripada 77 keluarga telah ditempatkan di tiga PPS. SMK Dang Anum menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 216 orang manakala SK Serkam Darat dan SK Tedong masing-masing menempatkan 30 dan 29 mangsa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya