Kanak-kanak tujuh tahun, ibu melecur tahap dua

Kanak-kanak tujuh tahun, ibu melecur dalam kebakaran

KEBAKARAN sebuah rumah di Kampung Bukit Gedung, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Malang tidak berbau buat sebuah keluarga di Kampung Bukit Gedung di sini selepas kediaman mereka terbakar hampir 90 peratus dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Nahas itu turut mengakibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan ibunya melecur tahap dua sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tangga Batu, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Azuani Mat Yusuf berkata, kedua-dua mangsa melecur pada bahagian kaki serta tangan dan dikejarkan ke Hospital Melaka oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 9.48 pagi. Seramai 16 pegawai dan anggota, yang turut melibatkan pasukan bantuan dari BPP Cheng dikejarkan ke lokasi bersama-sama dua jentera dan EMRS.

“Setiba di lokasi kita dapati sebuah rumah berkembar jenis separuh kekal berkeluasan 40 kali 40 kaki persegi sedang terbakar kira-kira 90 peratus.

“Terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun serta ibunya 36 tahun mengalami kecederaan melecur tahap dua dan dihantar ke hospital oleh pasukan EMRS,” katanya.

Tambah Mohamed Azuani, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.17 tengah hari.

“Kebakaran turut memusnahkan dua motosikal iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda EX5. Setakat ini punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya