Isteri maut, suami parah motosikal rempuh van

Isteri maut, suami parah motosikal rempuh van

PINTU van bahagian pemandu rosak selepas terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal yang dibonceng Suhaila Zainudin (gambar kecil) di Jalan Londang-Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Londang-Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu, mangsa yang membonceng motosikal jenis Honda EX5, Suhaila Zainudin, 48, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah sementara suaminya, Mohd. Jamain Yusof, 50, cedera pada bahagian kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan dari Masjid Tanah ke Tanjung Bidara.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah van Nissan Vanette dipandu seorang lelaki warga emas yang berada di bahu kiri jalan telah keluar untuk meneruskan perjalanan ke arah sama sebelum berlanggar dengan motosikal yang berada di laluan utama.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan manakala pemandu van berusia 70 tahun tidak cedera. Bagaimanapun, pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia pada pukul 10.10 malam oleh pegawai perubatan,” katanya.

Tambah Ashari, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi nahas dan polis meminta saksi bebas yang melihat kejadian tampil untuk membantu siasatan.

“Semua kenderaan terlibat ditahan untuk dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya