Banjir Melaka, PdP berjalan seperti biasa di PPS

Banjir Melaka, PdP berjalan seperti biasa di PPS

RAHMAD MARIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di empat sekolah yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Jasin dekat sini, berlangsung seperti biasa.

Empat PPS itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat, SK Tedong dan SMK Datuk Abdul Rahman Ya’kub.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, bagi memastikan proses PdP berjalan lancar, murid-murid terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian biasa yang bersesuaian.

“PdP tidak terganggu kerana setakat ini semua mangsa ditempatkan di dewan sekolah. Murid boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa. Mereka yang terjejas banjir boleh menumpang di sekolah PPS mengikut darjah atau tingkatan yang sama,” katanya.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 14 kawasan di Jasin dan Melaka Tengah masih ditenggelami bah, namun jumlah mangsa menunjukkan penurunan daripada 212 orang kepada 208 orang.

Kesemua mangsa datang dari dua kawasan paling terjejas iaitu Kampung Kilang Berapi dan Lubok Buaya.

Kawasan lain yang terjejas adalah Paya Redan, Bukit Nibong, Paya Dalam, Bukit Durian, Bukit Duyong, Jambatan Duyong, Duyong Tengah, Kampung Pantai Kundor, Gedong Lalang, Pernu, Bukit Meta dan Padang Temu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya