799,000 kenderaan baharu didaftarkan tahun lalu

799,000 kenderaan baharu didaftarkan tahun lalu

HASBI Habibollah bergambar kenangan bersama anggota dan pegawai JPJ serta wakil IM selepas merasmikan Seminar Tadbir Urus IM Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan tahun lalu mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 buah manakala purata kes kematian akibat nahas jalan raya di Malaysia adalah satu nyawa terkorban setiap 80 minit, begitu membimbangkan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, berdasarkan statistik rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), terdapat lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang aktif di negara ini.

Ujarnya, oleh itu kesemua 245 institut memandu (IM) diamanah untuk melahirkan pemandu lebih berhemah dan mempunyai keinsafan bagi mengurangkan kadar kemalangan serta mengawal jumlah kematian yang tinggi sepanjang tahun.

“Sebanyak 6,000 kematian nahas jalan raya direkodkan setiap tahun dan 70 peratus daripadanya melibatkan penunggang motosikal.

“Bagi tahun 2023 terdapat 309,284 LMM Kelas B2 dan 335,827 Kelas D telah dikeluarkan kepada pemohon. Ini bermakna terdapat lebih 600,000 calon diberikan latihan oleh 245 IM setiap tahun.

“Data tersebut menunjukkan trend peningkatan berbanding sebelum pandemik Covid-19 pada 2019. Pada masa yang sama, jumlah kenderaan baharu yang didaftarkan tahun lalu dilaporkan mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak 799,000 buah,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Tadbir Urus IM Malaysia 2024 di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Hasbi, kadar kemalangan, kecederaan dan kematian boleh dikurangkan secara signifikan dalam masa singkat dengan meningkatkan keupayaan melahirkan bilangan pemandu yang lebih kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.

Jelasnya, beberapa dasar baharu turut dilaksanakan melalui pendigitalan industri IM contohnya Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik atau e-Testing yang diumumkan Mac lalu.

“Pelaksanaan sistem itu membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan manakala prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata, sekali gus meningkatkan integriti proses pengujian pemandu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya