Mejar Fikry mahu ambil tindakan undang-undang terhadap

Mejar Fikry mahu ambil tindakan undang-undang terhadap taska

GAMBAR kenangan Mohd. Fikry Amri Abdul Halim bersama Allahyarham Muhammad Al Fateh Amri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Keluarga Allahyarham Muhammad Al Fateh Amri menegaskan bahawa tindakan undang-undang perlu dikenakan bukan sahaja kepada pengasuh, malah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama di sini juga tidak boleh dibiarkan.

Bapa Allahyarham, Mejar Ir. Ts. Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 39, berkata, pengusaha taska terlibat perlu bertanggungjawab ke atas kematian yang berlaku di premisnya supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada taska lain agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan ditetapkan.

“Saya dan isteri akan menuntut bela di atas kematian anak syurga kami. Bukan hanya pengasuh tetapi pengusaha taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Saya akan ambil tindakan undang-undang yang maksimum supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pengasuh dan pengusaha taska yang lain agar mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan.

“Saya tidak mahu ada lagi anak-anak taska yang menjadi mangsa korban seterusnya. Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Nanti di akhirat kelak, kita semua akan dihisab di hadapan Allah,” katanya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengeluarkan notis arahan penutupan sementara operasi taska tidak berlesen di Taman Kelemak Utama, susulan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin berkata, arahan tersebut berkuatkuasa Isnin lalu sehingga 29 September ini.

Sabtu lalu, pengasuh yang dikatakan menekup muka Muhammad Al Fateh Amri sehingga menyebabkan mangsa maut direman tujuh hari.

Perintah reman sehingga Jumaat dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri terhadap suspek berusia 34 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN