Lima pelajar sekolah cedera, kereta langgar pokok

Lima pelajar sekolah cedera, kereta langgar pokok

KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabas dan melanggar pokok di Lebuh AMJ berhampiran Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Enam termasuk lima pelajar sekolah cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu merempuh pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, pemandu dan kesemua penumpang terselamat, namun mengalami kecederaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan I (KUP) Mohd. Nazri Mat Rais berkata, seramai 10 anggota dikejarkan ke lokasi nahas bagi tujuan menyelamat.

“Sebaik tiba pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati benar terdapat sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz telah terbabas dan melanggar pokok.

“Terdapat enam individu dalam kereta tersebut dan orang awam telah bertindak mengeluarkan kesemua mangsa sebelum dibawa ke hospital oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Mohd. Nazri, bomba turut melakukan kerja-kerja pemotongan pokok di lokasi bagi memastikan tiada risiko berbahaya kepada pengguna jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN