Kereta hancur terjun jambatan, pemandu selamat

Kereta hancur terjun jambatan, pemandu selamat

KEADAAN kereta mangsa yang mengalami kerosakan teruk selepas jatuh dari Jambatan Syed Abdul Aziz, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Gara-gara memandu dalam keadaan mengantuk, seorang lelaki berusia 53 tahun mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kaki kanan selepas kereta dipandunya terjunam dari Jambatan Syed Abdul Aziz di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh di bawah jambatan berhampiran sebuah restoran, kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ujarnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada sikap cuai pemandu berkenaan yang terlelap ketika memandu.

“Hasil siasatan mendapati mangsa terlibat dari pusat bandar menghala ke arah Limbongan. Semasa sampai di lokasi kemalangan, keretanya dipercayai terbabas ke bahu jalan disebabkan terlelap lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh di bawah jambatan berhampiran sebuah restoran.

“Dalam kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan.

“Polis mendapati punca kemalangan adalah kerana cuai memandu disebabkan terlelap, lalu melanggar penghadang jalan dan terjatuh di bawah jambatan,” katanya.

Tambah Christopher, polis meminta saksi yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN