Isteri maut, kereta langgar pokok

Isteri maut, kereta langgar pokok

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Gapam-Bemban, Jasin, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Malang tidak berbau buat sepasang suami isteri selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian di Jalan Gapam-Bemban di sini, pagi tadi.

Nahas kira-kira pukul 8.30 pagi itu mengorbankan si isteri, Nur Ayuni Raman, 29, di tempat kejadian manakala suaminya, Mohamad Bustaman Ismail, 29, yang bekerja sebagai mekanik mengalami pendarahan pada bahagian perut dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan lantas hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dari arah Bemban menuju ke Ayer Keroh. Apabila sampai di selekoh Jalan Gapam-Bemban, mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok.

“Akibat dari pelanggaran berkenaan, pemandu mengalami kecederaan di perut dan kaki serta telah dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan. Isterinya meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan kepala. Kes disiasat di bawah Sek 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Khairul Naim Abu Kasim berkata, kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk bahagian hadapan akibat impak pelanggaran.

Ujarnya, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.44 pagi dengan kekuatan 7 anggota dan mangsa berjaya dikeluarkan pukul 9.19 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya