Empat sekeluarga nyaris lemas di Pengkalan Balak

Empat sekeluarga nyaris lemas di Pengkalan Balak

EMPAT sekeluarga dan seorang pemancing berjaya diselamatkan anggota bomba ketika hampir lemas di Pengkalan Balak, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Empat sekeluarga dari sekitar Selangor yang bercuti di Pengkalan Balak di sini nyaris lemas ketika mandi-manda di pantai peranginan berkenaan, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, turut terlibat ialah seorang pemancing berumur 26 tahun, Ahmad Nazri Amil yang cuba membantu keluarga itu selepas mendengar jeritan meminta tolong.

Ujarnya, tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 31 tahun itu daripada mati lemas dan dihanyutkan ombak besar.

Ujarnya, mangsa selain pemancing ialah Nur Alieya Najwa Rizam, 15; Nur Dania Azizul Rahman, 15; Farish Haikal Roslan, 15, dan Muhammad Azhan Mat Hassan, 31.

“Hujan lebat yang melanda negeri ini pagi tadi menyebabkan berlakunya ombak besar lantas menyebabkan empat mangsa yang mandi-manda hampir lepas. Pemancing yang terdengar suara meminta tolong cuba membantu, namun tidak berjaya dan dia juga hampir lemas.

“Empat mangsa terlibat datang bersama 10 ahli keluarga yang lain, namun kesemua mereka telah naik ke pesisir pantai. Difahamkan mereka datang bercuti dari Selangor dan menetap di sebuah inap desa di Pengkalan Balak,” katanya.

Tambah Ashari, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk menerima rawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN