MELAKA: Hujan lebat dan angin kuat yang melanda negeri ini sejak petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat serta kemusnahan barangan perniagaan para penjaja. Kawasan yang dinaiki air antaranya adalah Duyong, Bukit Cina, Kota Laksamana, Pengkalan Batu dan sekitar Banda Hilir. DATUK Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman melakukan tinjauan banjir kilat dan ribut yang melanda kawasan tumpuan pelancong di Melaka. Selain itu, ribut turut meranapkan khemah dan barangan penjaja di lokasi tumpuan pelancong iaitu Uptown Pahlawan Walk dan Pantai Klebang. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya