Masjid Tanah Tenggelam 21, kawasan terjejas banjir

Masjid Tanah tenggelam, 21 kawasan terjejas banjir, mangsa meningkat 360 orang

ANGGOTA penyelamat membantu seorang warga emas yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Mangsa banjir kilat di Masjid Tanah di sini yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 360 orang daripada 109 keluarga setakat pukul 7 pagi tadi berbanding hanya 248 mangsa daripada 48 keluarga, pukul 7.30 malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Alor Gajah memaklumkan, setakat ini tujuh PPS telah dibuka dan masih beroperasi iaitu PPS Balai Raya Paya Lebar, PPS Perkim Masjid Tanah, PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar, PPS Balai Raya Ayer Paabas dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih.

Mangsa turut ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ar- Rasyidin dan PPS Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kuala Linggi.

Meskipun cuaca dalam keadaan baik sejak pagi tadi, dilaporkan sebanyak 21 kawasan masih dilanda bah iaitu Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau dan Kampung Sungai Jernih.

Turut terjejas adalah Kampung Lekok, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baru Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu dan Taman Awan Biru.

Selain itu, Taman Seri Bayu 2 dan 3, Taman Seri Aman, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Solok Ayer Limau, Kampung Seri Jeram, Kampung Ladang, Kampung Keramat Lebai dan Panchor juga terkesan. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN