ALOR GAJAH: Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Tangki Air, Ramuan China Besar di sini sewaktu pengebumian Allahyarhamah Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang maut dalam kemalangan melibatkan bas persiaran dengan treler di simpang tiga Bahau, Jalan Kuantan-Segamat, Pahang hari ini. Jenazah Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram itu selamat disemadikan pukul 8.50 malam, dihadiri kira-kira 300 orang termasuk sanak-saudara, sahabat handai serta para guru. Jenazah tiba di Masjid Al Muhtadi dari Hospital Muadzam Shah tepat pukul 6.43 petang untuk disembahyangkan. Tangisan dan air mata menyelubungi suasana ketika sanak-saudara,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya