ALOR GAJAH: Seorang anggota bomba parah selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Izzat Muhaimin Araham Shah, 26, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng mengalami kecederaan dalaman dan patah tangan kanan. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Taman Bukit Tambun Perdana menghala ke Pekan Durian Tunggal.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya